Tuesday, November 16, 2010

SaLaM eiDuL aDha...






اعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم
Aku berlindung dengan nama Allah yg Maha Mendengar lg Maha Mengetahui drpd syaitan yg direjam..
Dengan nama Allah Yang Maha PEmurah lg Maha Penyayang...

Hari yang begitu bermakna dan insyAllah akan menjadi kenangan manis yang abadi dalam hidup ana... First time in my life, I've celebrated my eid without my family... wa asykuru lillah for giving me a chance to celebrate my eid with my friends. Walaupun sambut raya aidil adha di kampus, Alhamdulillah, tetap dapat disambut dgn suasana raya. Juadah raya kami hari ini ialah laksa sardin, mungkin ada yg pernah dengar, but it was a new recipe for my friends. resipi ni ana dpt drp abi mahbub.


Alhamdulillah, slps 20thn Allah pinjamkn nyawa kpd ana,hr ni ana dpt rasa suasana solat sunnat hari raya buat yg pertama kalinya.kebiasaannya, mmg xberkesempatan krna terlalu sibuk dgn kerja dapur. Alhamdulillah, syukur nikmat Allah.


Dan pertama kali juga dalam hayat ini, ana berpeluang tgk sembelihan korban scra life. Di masjid UniSZA tlh dijalankan korban lembu sbyk 12 ekor, alhamdulillah ana berpeluang tgk sembelihan 6 ekor lembu, melihat aksi2 lembu sblm disembelih. Ya Allah, byk pengajaran yg dpt diambil. Alhamdulillah, syukur nikmat Allah atas segala peluang dan kesempatan yg telah diberikanNya kpd hambaNya yg hina ini.


ان شاء ألله, أنا مع صديقاتي سنذهب الى بيت خال صديقتي في هذا المساء

Semoga rahsia di sebalik aidil adha kali ni membawa rahmat dan hikmah yg besar buat semua. InsyaAllah.

Monday, November 15, 2010

LaMbaiaN kAsiH di pOnDok PaSiR TumBuh

Bermula perjalanan pada pg 5 Novemeber 2010, ana melangkah kaki dengan penuh rasa ketenangan dan harapan. Alhamdulillah, setelah sekian lama berhajat, akhirnya hajat ku dimakbulkan Allah.

“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu (Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat), sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
( surah Al-baqarah : 139)

Sepanjang perjalanan yg begitu menenangkan membuatkan diri ini bertambah ceria,
excited tak terkata,dan memang tiada sekelumit rasa risau di dada. Di dalam hati ana berdoa dan berharap kepadaNya, “ Ya Allah, semoga perjalanan hidupku di sana seteneng dan sebahagia perasaanku sekarang.” Indah sungguh nikmat Illahi, SUBHANALLAH, syukur nikma tuhan. Alhamdulillah, setibanya di pondok pasir tumubuh, madrasah ad-diniyah al-bakriyah, ana disambut ketua muslimat madarasah. Ana ditempatkan di pondok batu, pondok paling baru ana kira. Alhamdulillah,ana diberi kesempatan oleh Allah, berkenalan dengan seorang yg begitu istimewa, namanya mirip isteri pertama rasulullah, semoga dirinya sehebat saidatina Khadijah. Ameenn.

Alhamdulillah kupanjatkan ke hadrat Ilahi kerana memberi diri ini peluang untuk merasai suasana dikelilingi muslimat berniqab. Untuk pertama kalinya ana berada dalam kalangan muslimat yg semuanya berniqab. Syukur tak terhingga ke hadrat yang Maha Kuasa. Biasanya ana kelihatan asing apabila bersama sahabat, ( hanya kelihatan asing tapi layanan sahabat tak pernah buat diri ini rasa terasing. Syukran sahabat2 tercinta) kali ini, tiada ada yang membezakan ana dgn sahabat2 di sekelililng ana.

Alhamdullaih syukur nikmat Allah sepanjang seminggu berada di tempat yg ana idam2kan. Terlalu banyak yang ana dapat. Namun ana tak mampu nk berkongsikn kpd sahabat2 kerana walaupun Nampak sedikit pada kalian namun sangat terkesan dihati ana. Jadual di madarasah, setiap kali selepas solat fardhu akan diadakan pengajian kitab. masyaAllah, memang seperti yang ana harap2kan. Kelas yang paling ana nanti2kan dan sgt ana tak sangka ana diberi berpeluang menyertainya ialah kelas bahasa arab. Ya Allah, terlalu banyak nikmat yg Engkau kurniakan kepada diri ini. Maddah yang paling ana minati sejak berusia 10thn. كالطالبات جديدة درسنا اللغة العربية مع الأستاذة رقية. Rasanya analah student yg plg byk ckp dlm kls tu. Almaklumlah da lama sgt tinggal belajar bahasa arab. Semoga sutau hari nanti ana berpeluang untuk meneruskan panagjian bahasa Arab di timur tengah walaupun sekarang bidang pengajian ana jauh melencong dari bahasa syurga. Aamin, aamin, aamin ya Rabbal ‘alamin.

Saat kali melangkah pergi dari pondok pasir tumbuh, hati in terasa begitu sayu. Ya Allah, besarnya nikamt ukhuwwah yang telah Engkau titipkan ke dalam hatiku juga hati sahabat2ku. Namun ana gagahi, ana tak mahu menambahkan kesedihan sahabat ana di pondok dengan linangan air mata( sebab bila dah mula nangis, mesti (dengan izin Allah) basah niqab.)

Teringat ana pada kata2 sahabat sepondok dengan ana yg juga hanya menjadi pelajar sementara di madarasah D-diniyah al-bakriyyah, “bagusnya muslimat2 kat sini, tambah2 lg yang dah lame kat sini. Mereka tidak memandang dan tidak juga dipandang.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya…”

(surah An-nur : 31)

BETUL… dan SANGAT BETUL. Seminggu berada dalam bi ah tak memandang dan tak dipandang membuatkan ana rindu sgt suasana begitu bila berada di kampus. Bebehari yang lepas, ketika ana drive dalam kawasan kampus, sahabat ana tiba2 tergelak sendiri, “nape nti?”, “ ade min jengah kepala dari musolla tengok kite,”. Ana tahu muslimin tersebut just nak tengok siapa yg lalu, tapi keadaan tu membuatkan ana rindu suasana kat pondok. Biarpun tak keluar ke mana2, hanya berulang alik dari pondok ke madrasah, tp hati rasa sangat tenang, bebas dari pandangan ajnabi. Ana sedar, sesekali ana perlu berhubung dengan ajnabi, bukan untuk suka2 tapi ada kepentingan tertentu, tapi ana akui, ana terlalu takut terjebak dengan fitnah, takut termakan godaan syaitan, Na‘uzubillahi minzalik.