Thursday, December 15, 2011

self-concept...

بسم الله الرحمن الرحيم

“What is self-concept of Self-esteem?”

“Setahu saya self –esteem tu berkaitan dengan sejauh mane kite percayakan diri kita kan?”


“betulla tu,tu barat punye pandangan.
tapi klu dalam islam macam mana pulak?”

Allahu rabbi..
Terkelu lidah bila nak bukak mulut bila nak kaitkan self-esteem dengan dalil naqli. Sedangkan dalam khutbah terakhir baginda Rasulullah s.a.w.

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya
kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya”.
(riwayat Malik)
Terasa jahilnya diri..

Allahu rabbi,
betapa Maha baiknya Allah pada hambaNya yang jahil ni..

Bila hanyut sedikit, ditariknya balik, diberinya tarbiah walau di manapun hambaNya berada..

“Dalam surah adz-dzariyat ayat 56 dengan surah al-an’am ayat 162 dan 163 tu ‘self-concept’ & ‘self-esteem’ la tu.. hari2 bace kan? insyaAllah 5kali sehari bace.. tp xfaham pe isinye kn?”

Allahu Rabbi…

"Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah Kepada-Ku"
(surah adz-dzariyat ayat 56)


"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.Tiada sekutu bagiNya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya).
(surah Al-an'am ayat 162-163)



So, the conclusion...

self-concept = surah adz-dzariyat ayat 56

DIRI SEBAGAI HAMBA UNTUK BERIBADAT KEPADA ALLAH

self-esteem = surah al-an'am ayat 162 dan 163

LAKUKAN SEGALANYA KERANA ALLAH,

INSYAALLAH TAKKAN GIVE UP


Wallahu ta'ala a'lam.

.....أستغفرالله العظيم
.....أستغفرالله العظيم
.....أستغفرالله العظيم

Thursday, January 6, 2011

Duhai Teman



Duhai Teman,

Yang pernah bersama denganku,

Maaf dariku andai gelagatku mengundang tak senangmu,

Ana punya sebab mengapa ana begitu,

Akan ana terangkan satu per satu.


Duhai Teman,

Andai dulu ana sering bergelak tawa,

Berjenaka dan bergurau senda,

Tak kira tempat tak kira masa,

Tapi kini tolong jangan kalian harapkan yang serupa.


Duhai Teman,

Dulu ana pernah silap,

Berbual bersenda terkadang biadab,

Ikhtilat tak dijaga penuh adab,

Kerana jahil hati pun gelap.


Duhai Teman,

Kini ana tak seperti dulu,

Bukan luaran jadi ukuranku,

Tapi akhlak dan tingkah laku,

Yang cuba ana perbaiki satu per satu.


Duhai Teman,

Wanita itu fitnah akhir zaman,

Biar jelik biar rupawan,

Keluar saja menjadi perhatian,

Juga senjata godaan syaitan.


Duhai Teman,

Ana harap kalian mengerti,

Ana diam bukan membenci,

Bukan juga niat memarahi,

Cuma niat pertahankan diri.


Duhai Teman,

Ana ingin menjadi sayap kiri perjuangan,

Berjihad berkorban harta, jiwa dan badan,

Walaupun susah akan ana usahakan,

Demi kalimah tauhid dilaungkan.


Duhai Teman,

Buat yang sedar dan yang leka,

Ingatlah kita yang perlukan Allah,Allah tak perlukan kita,

Atas setiap sesuatu Allah berkuasa,

Tak kira siapa, tak kira bangsa.


Sekian saja luahan hati,

Maaf andai mengundang benci,

Ana makhluk yang tak sempurna diri,

Hanya mengharap mardhotillah Illahi.

Tuesday, November 16, 2010

SaLaM eiDuL aDha...






اعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم
Aku berlindung dengan nama Allah yg Maha Mendengar lg Maha Mengetahui drpd syaitan yg direjam..
Dengan nama Allah Yang Maha PEmurah lg Maha Penyayang...

Hari yang begitu bermakna dan insyAllah akan menjadi kenangan manis yang abadi dalam hidup ana... First time in my life, I've celebrated my eid without my family... wa asykuru lillah for giving me a chance to celebrate my eid with my friends. Walaupun sambut raya aidil adha di kampus, Alhamdulillah, tetap dapat disambut dgn suasana raya. Juadah raya kami hari ini ialah laksa sardin, mungkin ada yg pernah dengar, but it was a new recipe for my friends. resipi ni ana dpt drp abi mahbub.


Alhamdulillah, slps 20thn Allah pinjamkn nyawa kpd ana,hr ni ana dpt rasa suasana solat sunnat hari raya buat yg pertama kalinya.kebiasaannya, mmg xberkesempatan krna terlalu sibuk dgn kerja dapur. Alhamdulillah, syukur nikmat Allah.


Dan pertama kali juga dalam hayat ini, ana berpeluang tgk sembelihan korban scra life. Di masjid UniSZA tlh dijalankan korban lembu sbyk 12 ekor, alhamdulillah ana berpeluang tgk sembelihan 6 ekor lembu, melihat aksi2 lembu sblm disembelih. Ya Allah, byk pengajaran yg dpt diambil. Alhamdulillah, syukur nikmat Allah atas segala peluang dan kesempatan yg telah diberikanNya kpd hambaNya yg hina ini.


ان شاء ألله, أنا مع صديقاتي سنذهب الى بيت خال صديقتي في هذا المساء

Semoga rahsia di sebalik aidil adha kali ni membawa rahmat dan hikmah yg besar buat semua. InsyaAllah.

Monday, November 15, 2010

LaMbaiaN kAsiH di pOnDok PaSiR TumBuh

Bermula perjalanan pada pg 5 Novemeber 2010, ana melangkah kaki dengan penuh rasa ketenangan dan harapan. Alhamdulillah, setelah sekian lama berhajat, akhirnya hajat ku dimakbulkan Allah.

“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu (Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat), sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
( surah Al-baqarah : 139)

Sepanjang perjalanan yg begitu menenangkan membuatkan diri ini bertambah ceria,
excited tak terkata,dan memang tiada sekelumit rasa risau di dada. Di dalam hati ana berdoa dan berharap kepadaNya, “ Ya Allah, semoga perjalanan hidupku di sana seteneng dan sebahagia perasaanku sekarang.” Indah sungguh nikmat Illahi, SUBHANALLAH, syukur nikma tuhan. Alhamdulillah, setibanya di pondok pasir tumubuh, madrasah ad-diniyah al-bakriyah, ana disambut ketua muslimat madarasah. Ana ditempatkan di pondok batu, pondok paling baru ana kira. Alhamdulillah,ana diberi kesempatan oleh Allah, berkenalan dengan seorang yg begitu istimewa, namanya mirip isteri pertama rasulullah, semoga dirinya sehebat saidatina Khadijah. Ameenn.

Alhamdulillah kupanjatkan ke hadrat Ilahi kerana memberi diri ini peluang untuk merasai suasana dikelilingi muslimat berniqab. Untuk pertama kalinya ana berada dalam kalangan muslimat yg semuanya berniqab. Syukur tak terhingga ke hadrat yang Maha Kuasa. Biasanya ana kelihatan asing apabila bersama sahabat, ( hanya kelihatan asing tapi layanan sahabat tak pernah buat diri ini rasa terasing. Syukran sahabat2 tercinta) kali ini, tiada ada yang membezakan ana dgn sahabat2 di sekelililng ana.

Alhamdullaih syukur nikmat Allah sepanjang seminggu berada di tempat yg ana idam2kan. Terlalu banyak yang ana dapat. Namun ana tak mampu nk berkongsikn kpd sahabat2 kerana walaupun Nampak sedikit pada kalian namun sangat terkesan dihati ana. Jadual di madarasah, setiap kali selepas solat fardhu akan diadakan pengajian kitab. masyaAllah, memang seperti yang ana harap2kan. Kelas yang paling ana nanti2kan dan sgt ana tak sangka ana diberi berpeluang menyertainya ialah kelas bahasa arab. Ya Allah, terlalu banyak nikmat yg Engkau kurniakan kepada diri ini. Maddah yang paling ana minati sejak berusia 10thn. كالطالبات جديدة درسنا اللغة العربية مع الأستاذة رقية. Rasanya analah student yg plg byk ckp dlm kls tu. Almaklumlah da lama sgt tinggal belajar bahasa arab. Semoga sutau hari nanti ana berpeluang untuk meneruskan panagjian bahasa Arab di timur tengah walaupun sekarang bidang pengajian ana jauh melencong dari bahasa syurga. Aamin, aamin, aamin ya Rabbal ‘alamin.

Saat kali melangkah pergi dari pondok pasir tumbuh, hati in terasa begitu sayu. Ya Allah, besarnya nikamt ukhuwwah yang telah Engkau titipkan ke dalam hatiku juga hati sahabat2ku. Namun ana gagahi, ana tak mahu menambahkan kesedihan sahabat ana di pondok dengan linangan air mata( sebab bila dah mula nangis, mesti (dengan izin Allah) basah niqab.)

Teringat ana pada kata2 sahabat sepondok dengan ana yg juga hanya menjadi pelajar sementara di madarasah D-diniyah al-bakriyyah, “bagusnya muslimat2 kat sini, tambah2 lg yang dah lame kat sini. Mereka tidak memandang dan tidak juga dipandang.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya…”

(surah An-nur : 31)

BETUL… dan SANGAT BETUL. Seminggu berada dalam bi ah tak memandang dan tak dipandang membuatkan ana rindu sgt suasana begitu bila berada di kampus. Bebehari yang lepas, ketika ana drive dalam kawasan kampus, sahabat ana tiba2 tergelak sendiri, “nape nti?”, “ ade min jengah kepala dari musolla tengok kite,”. Ana tahu muslimin tersebut just nak tengok siapa yg lalu, tapi keadaan tu membuatkan ana rindu suasana kat pondok. Biarpun tak keluar ke mana2, hanya berulang alik dari pondok ke madrasah, tp hati rasa sangat tenang, bebas dari pandangan ajnabi. Ana sedar, sesekali ana perlu berhubung dengan ajnabi, bukan untuk suka2 tapi ada kepentingan tertentu, tapi ana akui, ana terlalu takut terjebak dengan fitnah, takut termakan godaan syaitan, Na‘uzubillahi minzalik.